SUKARELAWAN DPMM
TABUNG DARFUR
Pendaftaran Sukarelawan Secara Online
Daftarkan diri anda sebagai Ahli Sukarelawan Dewan Pemuda Masjid Malaysia secara online di sini!
| Latar Belakang |
|
|
|
| Ditulis oleh Administrator |
|
Masjid adalah 'nadi' masyarakat Islam atau 'nerve centre'. Masjid-masjid dalam sejarah dan tradisi Islam telah wujud sebagai menifestasi Tauhid dan pusat kelahiran 'Suffa' (para abid dan ilmuan Islam). Adalah amat penting masjid terus berfungsi sebagai institusi yang memandu dan mengawal ummah kehidupan manusiawi.Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) yang diwujudkan pada 20hb Ogos 2004 sebagai sebuah NGO telah menggariskan objektif-objektif khusus ke arah pengukuhan institusi masjid dan penglibatan masyarakat yang lebih padu dengan masjid.
Objektif Pemuda Masjid Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) yang diwujudkan pada 20hb Ogos 2004 sebagai sebuah NGO telah menggariskan objektif-objektif khusus ke arah pengukuhan institusi masjid dan penglibatan masyarakat yang lebih padu dengan masjid.
Modus Operandi Pemuda Masjid sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bergerak melalui sebuah sekretariat di peringkat pusat dan unit-unit di semua negeri di Malaysia. Sumber kewangan Pemuda Masjid diperoleh melalui sumbangan orang ramai, geran bantuan kerajaan dan hasil kegiatan ekonomi yang dijalankannya. Ianya diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai "Company Limited By Guarantee Without Having Share Capital', sebagai sebuah entiti "Non-Profit'.
Keahlian Pemuda Masjid membuka keahlian kepada orang ramai dengan syarat-syarat penyertaan yang telah digariskan dan ditetapkan oleh undang-undang penubuhannya dan seperti yang diputuskan oleh Ahli Lembaga Pengarah.
Dasar Kerjasama Pemuda Masjid mempunyai dasar terbuka dalam hal bekerjasama dengan mana-mana pihak samada kerajaan, swasta atau NGO yang lain terutamanya dalam kegiatan yang menepati matlamat penubuhan Dewan Pemuda Masjid Malaysia. Kerjasama yang dijalankan tidak terbatas pada entiti dalam negara sahaja tetapi juga di luar negara. |
AL-HADITH
| Nabi s.a.w bersabda: "Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah." Abu Hurairah r.a |
SUMBANGAN DARFUR
SUMBANGAN TABUNG DARFUR MELALUI SMS
CONTOH: RM3 /RM5
DARFUR 3 dan hantar ke DAPAT atau 32728 untuk RM 3.00
DARFUR 5 dan hantar ke DAPAT atau 32728 Untuk RM 5.00
SUMBANGAN TABUNG DARFUR MELALUI BANK
TABUNG DAPUR UNTUK DAFUR
CIMB - 14300004640059
BIMB - 14153010024138




