SUKARELAWAN DPMM

TABUNG DARFUR


JavaScript is disabled!
To display this content, you need a JavaScript capable browser.

JavaScript is disabled!
To display this content, you need a JavaScript capable browser.




Pendaftaran Sukarelawan Secara Online

Daftarkan diri anda sebagai Ahli Sukarelawan Dewan Pemuda Masjid Malaysia secara online di sini!

 
Laman Web Dewan Pemuda Masjid Malaysia
PEMUDA MASJID SERU HENTIKAN SEGERA POLEMIK ISU KALIMAH ALLAH PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   

KENYATAAN MEDIA:        

                                               

DEWAN PEMUDA MASJID MALAYSIA (PEMUDA MASJID) SERU HENTIKAN SEGERA POLEMIK ISU KALIMAH ALLAH

 

DEWAN PEMUDA MASJID MALAYSIA (PEMUDA MASJID) memandang serius terhadap polemik penggunaan nama Allah yang telah menimbulkan keadaan yang tidak terkawal dan menjejaskan keamanan dan ketenteraman Negara.

Adalah jelas di dalam perlembagaan Negara bahawa mana-mana agama boleh diamalkan dengan bebas, tetapi, di dalam perlembagaan juga mensyaratkan kebebasan mengamalkan agama itu tertakluk selama ia tidak menjejaskan ketenteraman awam; seperti petikan berikut:

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERKARA 3 HINGGA 13

3.   Ugama bagi Persekutuan

(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

11. Kebebasan ugama.

(1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada  Fasal (4), mengembangkan ugamanya.

5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

Sehingga kini, ternyata belumpun kalimah Allah digunakan oleh pihak Herald Weekly secara meluas, bunga-bunga ketidak tenteraman awam itu telahpun berlaku. Dalam hal ini, Kementerian Dalam Negeri mempunyai alasan yang sangat kuat untuk menghentikan segera polemik yang telah mencetuskan ketidak tenteraman awam dan ancaman dari segi keamanan Negara.

Insiden terbaru mengenai pembakaran gereja tanpa mengira siapapun dalang yang melakukannya, membuktikan isu penggunaan kalimah Allah ini bakal mengheret Negara kepada situasi perpecahan yang sangat-sangat membimbangkan. PEMUDA MASJID membantah sekeras-kerasnya tindakan membakar gereja atau mana-mana rumah ibadat sekalipun, kerana ia bertentangan dengan prinsip-prinsip serta peraturan asas di dalam Islam. Tidak kira samada tindakan tersebut diakibatkan daripada kejahilan, emosional atau tindakan provokatif, ia sama sekali tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pihak.

Kami juga dengan tegas ingin menyuarakan gesaan kepada akhbar Herald weekly agar menarik balik cadangan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguannya, walau apapun keputusan dari sudut perundangan, kerana cadangan itu ternyata menjadi punca yang telah mencetuskan ketegangan di antara agama dan kaum di dalam Negara berkaitan isu berkenaan.

Isu ini ternyata telah mengakibatkan tindakan emosional atau provokatif pada hari ini, dan tidak mustahil ia juga akan mencetuskan tindak balas yang berlarutan ekoran peristiwa tersebut, malah, mungkin ia boleh mengundang situasi yang lebih parah dan tidak dapat kita duga.

Sebelum retak menjadi belah, sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum bara menjadi abu, sebelum keadaan menjadi tidak terkawal, kami menyeru semua pihak terutamanya pihak Kementerian Dalam Negeri agar bertindak  tegas dengan mengambil tindakan drastik bagi memadamkan api sentimen melalui isu ini.

Sekiranya cadangan penggunaan kalimah Allah oleh Herald Weekly ditarik balik, tidak dinafikan Herald Weekly mungkin terpaksa menanggung sedikit sebanyak kerugian. Namun, kerugian tersebut adalah kecil berbanding dengan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh semua pihak akibat kegagalan mempertahankan keharmonian yang selama ini dinikmati oleh rakyat Malaysia berbilang bangsa, agama dan keturunan.

Justeru, kami menyeru agar semua pihak kembali semula kepada keadaan yang asal, dengan berpada dengan apa yang telah diamalkan sebelum ini, dengan menghormati semangat Rukun Negara dan peruntukan yang termaktub di bawah  Perlembagaan Malaysia.

Sekiranya semua pihak membawa semangat satu Malaysia, dan mengamalkan prinsip yang telah digariskan di dalam Perlembagaan Persekutuan, mungkin perkara seperti ini dapat kita elakkan. Juga perlu berhati-hati terhadap pihak-pihak yang cuba menangguk di air keruh yang ingin melemahkan integriti nasional yang telah berjaya dibina sejak selepas merdeka. Isu-isu berkaitan agama harus dibawa berbincang dengan semangat hormat menghormati antara satu sama lain dan dengan matlamat mencapai kesefahaman dan keharmonian Negara.

Isu penggunaan kalimah Allah tidak sesuai diheret ke kandang Mahkamah, sebaliknya, ia adalah isu yang berkait dengan sensitiviti agama, berkait dengan budaya dan berkait secara langsung dengan keamanan sesama kita rakyat Malaysia. Justeru, adalah tindakan yang bijak sekiranya ia terlebih dahulu dibawa berbincang dalam wacana ilmu, perbincangan akademik dan intelektual, daripada membawa isu yang sensitif seumpama ini melalui cara-cara yang kurang bijaksana.

Kami menyeru agar isu ini diberi perhatian utama oleh Kerajaan dan menutup pintu-pintu ke arah fitnah perkauman dengan seberapa segera. Kami percaya, pihak Kementerian Dalam Negeri, pihak Herald Weekly dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, pihak NGO dan pihak-pihak yang lain akan dapat menangani isu ini dengan penuh bijaksana, matang dan harmoni.

 

Kenyataan ini dibuat oleh:

 

HJ. ISMAIL BIN BASRI

PENGERUSI DEWAN  PEMUDA  MASJID  MALAYSIA (PEMUDA MASJID)

D/A  Masjid  Wilayah  Persekutuan  Kuala  Lumpur

Anjung  E,  Jalan Duta,  50480  Kuala  Lumpur

Tel      : 03 - 6201  2340 / Fax: 03 - 6201  5340

Email : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya www.pemudamasjid.com

 

 

 

 

 

 
TABUNG BENCANA GEMPA PADANG, SUMATERA, INDONESIA PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PRIHATIN - Pemuda Masjid turun Padang untuk salurkan Bantuan dan Rawatan di Wad Mangsa Gempa di Hospital M.Jamil, Padang. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KEMUSNAHAN - salah sebuah rumah yang turut sama merasai Gempa Bumi yang menjejaskan ribuan rumah di Kg. Sungai Limau, Padang Periman pada 30 September yang lalu. Gambar lain lihat di gallery  

 

 

 

 

 

 

 
© 2009 Dewan Pemuda Masjid Malaysia
Penafian: Pihak DPMM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami semasa melayari laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan dengan resolusi 1024 x 768.